Saturday, April 4, 2009

REFLEKSI 3.

1- kemahiran yg membolehkan saya mengawal proses pembelajaran secara 'online' ialah kemahiran menggunakan dan mengendalikan komputer. selain itu, saya juga mempunyai sedikit ilmu berkaitan dgn teknologi maklumat.

2- bahan seperti penentuan web yg perlu digunakan sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan perlu disediakan bagi memudahkan murid-murid di dalam kelas dan mengelakkan mereka melayari laman web yang tidak sepatutnya.

3- guru boleh membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara 'online' dgn memudahkan proses interaksi di alam maya seperti yg terdapat dl ADEC.

Saturday, March 21, 2009

REFLEKSI 5.

sukatan pelajaran yg terdapat dalam subjek multimedia ini secara dasarnya sgt baik dan tidak perlu diubah. ini krn, ilmu-ilmu yg di ajar spt kemahiran mengendalikan movie maker, ulead videostudio, snagit, membuat blog dan web adalah kemahiran yg perlu ada bg membantu bakal guru spt kami untuk mengajar disekolah nanti. walaubagaimanapun, sy amat berharap agar pada sesi yg akan dtg, pelajaran yg diajar di setiap kelas diseragamkan walaupun guru yg mengajar adalah guru yg berbeza.
REFLEKSI 4.

1. Saya berasa agak tertekan apabila diberitahu bahawa kami perlu menyiapkan 1 koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia krn sy hanya mempunyai ilmu asas shj dlm multimedia ini. walaubagaimanapun, setelah mengikuti kursus ini selama 12 minggu, sy berasa amat yakin bahawa saya boleh menyiapkan tugasan tersebut. ini kerana ust telah memberikan tunjuk ajar yg maksimum kpd kami. sebenarnya tugasan ini tidaklah sesukar yang saya gambarkan.

2. projek ini amat membantu saya untuk sy menjalani praktikum nanti. ini kerana, cara pembelajaran menggunakan koswer ini adalah sangat menarik dan boleh menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan di dalam kelas. ia juga dapat menghidupkan suasana p&p di dalam kelas.

3. saya lebih bersetuju sekiranya kaedah penilaian dibuat dalam bentuk peratusan markah (%). ini kerana, kaedah penilaian menggunakan sistem bintang ini bersifat subjektif dan sukar dinilai oleh semua orang. hanya penilai yg tahu markah sebenar org yang dinilai.
REFLEKSI 2.

Antara langkah yg boleh dilakukan bg membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yg ada di sekolah ialah dengan:

1) menawarkan diri untuk membuat kursus berkenaan ICT ini kpd guru-guru disekolah
2) memanfaatkan peluang yg ada untuk menunjukkan kelebihan menggunakan ICT. contohnya: menjadi p.i.c bg unit penerbitan majalah sekolah, menjadi p.i.c bg sebarang program yg memerlukan kpd penggunaan ICT
REFLEKSI 1.

Sebelum saya menjawab soalan ini, marilah kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21.

kemahiran abad 21.
1) kemahiran berkomunikasi
2) kemahiran mengira
3) kemahiran sains teknologi
4) kemahiran penyelesaian masalah (berfikir secara kreatif)
5) kemahiran pengurusan diri dan kompetitif (keusahawanan)
6) kemahiran belajar dan bekerja
7) kemahiran hubungan antara peribadi (sosial)
8) kemahiran fizikal
9) kemahiran estetik

justeru, bagi membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 ini, seorang guru perlulah melakukan transformasi dgn:

1) mempunyai ilmu, mendalami ilmu yg diketahui serta sentiasa meng'update' ilmu yg ada
2) cakna dgn isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara
3) mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran dlm ICT dan sebagainya
4) mempelbagaikan teknik pengajaran sesuai dgn level pelajar
5) arif berkenaan perkembangan serta psikologi pelajar
6) menerapkan nilai murni di akhir pengajaran
7) menjadi role model terbaik bg pelajar-pelajarnya
8) sentiasa bermuhasabah dan berlapang dada menerima sebarang teguran yg membina

1)


Bismillahirahmanirahim..
Sebenarnya...dah terlalu lama saya berhasrat nak belajar buat blog. Dalam zaman sekarang ni, blog merupakan medium yg paling sesuai untuk berdakwah dan berkongsi ilmu.
Alhamdulillah..jutaan terima kasih diucapkan kpd ustaz azrul azlan yang telah mengajarkan ilmu yg sgt bermanfaat ini. InsyaAllah, saya akan memanfaatkan semaksima mungkin ilmu yg telah ust ajarkan ini untuk membantu ISLAM..